Sale!

Duit2Belia TAHAP 2

(1 customer review)

RM200

Category:

Description

Hai warga milenium! Tahniah, anda kini telah berjaya mencapai tahap celik kewangan yang seterusnya.

Kursus Tahap 2 Literasi Kewangan ini terdiri daripada 5 topik kewangan, dengan sejumlah 28 video pembelajaran dan 5 kuiz.

Rakan uLearnMONEY dinasihatkan untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya satu minggu untuk mempelajari kursus ini. Anda akan menerima sijil digital setelah menyelesaikan kursus Literasi Kewangan Tahap 2 ini dengan baik dan teratur.

Duit2Belia Tahap 2:

Kursus ini akan membantu anda memahami topik-topik ini dengan berkesan terutamanya mengenai tabiat menabung, belanjawan, pengurusan hutang  untuk simpanan dan pengurusan kewangan.

Topik 7 PENGURUSAN ALIRAN TUNAI

Dalam topik ini, anda akan mempelajari kemahiran paling asas dalam merancang kewangan, terutamanya dalam menguruskan wang tunai anda. Merekod perbelanjaan anda dan menetapkan anggaran mungkin adalah asas, tetapi ini adalah langkah termudah dan terbesar yang dapat anda ambil untuk mencapai kebebasan kewangan. Ketahui apa yang menjadi keutamaan belanjawan anda, dan kembangkan wang anda jika anda mahu menikmati aliran tunai yang positif.

Topik 8 TABIAT MENYIMPAN DUIT

Membangunkan tabiat menyimpan adalah asas untuk mencapai kebebasan kewangan. Mengapa begitu? Pertama, melalui kekuatan tabiat menabung, wang anda akan bertambah  jika anda mula menabung lebih awal. Kedua, menabung untuk dana kecemasan akan memberi anda ketenangan fikiran sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Di sini, kami akan menunjukkan cara menyimpan wang yang efektif.

Topik 9 BELANJAWAN

Topik dalam siri ini akan merangkumi asas-asas belanjawan. Melakukan belanjawan mungkin kelihatan sukar, tetapi dengan mematuhi beberapa peraturan asas, anda dapat membuat belanjawan untuk diri anda lebih mudah. Tambahan pula, tanpa mempunyai fokus dan disiplin untuk menepati matlamat kewangan juga boleh menjadi sukar. Di sini, kami juga akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk mencapai matlamat kewangan melalui belanjawan dan menjadi selangkah lebih dekat dengan kebebasan kewangan anda.

Topik 10 PENGURUSAN HUTANG

Hutang adalah ungkapan yang menakutkan bagi kebanyakan orang, tetapi ia adalah suatu perkara yang penting dalam pengurusan wang. Tidak semua hutang itu buruk. Sekiranya anda mengambil hutang untuk membantu meningkatkan nilai bersih anda, seperti untuk membeli rumah, ia adalah hutang yang ‘baik’. Di sini, kami juga akan menerangkan peranan yang dimainkan oleh PTPTN dalam menguruskan hutang anda, serta petua dan tips untuk meminimumkan pembayaran hutang pinjaman bank mahupun hutang PTPTN bulanan anda.

Topik 11 TIPS KEWANGAN YANG EFEKTIF

Dalam topik ini, kami akan menunjukkan kepada anda pelbagai tip menyimpan wang yang boleh anda gunakan sepanjang kehidupan seharian. Dari bahan makanan anda, membeli-belah dalam talian dan menjimatkan petrol, kami akan menunjukkan kepada anda bagaimana anda dapat menjimatkan wang tanpa mengorbankan keselesaan anda. Gunakan petua ini juga untuk mendidik diri anda untuk kelihatan cantik, segak dan bijak kewangan sambil menjimatkan wang anda!

Masa purata untuk menyelesaikan dan mempelajari kursus ini: 1.5 hingga 2.5 jam

Kandungan kursus ini disediakan oleh: En. Nicholas Chu & En. Brandon Ng

Nama penyampai: En. Hanif Yahaya dan Cik Rasyidah

# Mari tingkatkan celik kewangan kita bersama! Selamat belajar! =)

1 review for Duit2Belia TAHAP 2

  1. aisyahrose

    Pengurusan hutang antara ilmu yang perlu kita ada untuk kita merancang perbelanjaan kita supaya kita dapat bebas dari hutang dengan segera dan sentiasa celik wang. Tak rugi untuk belajar lebih tentang pelbagai tips2 kewangan menerusi Duit2Belia Tahap 2 ini!

Add a review

Additional information

Course Categories

,

Market Segment